
Alien bertinggi 10 kaki muncul di luar Miami Mall?
37 Video Views·Jul 22, 2024
Pada 5hb Januari 2024, seorang netizen telah memuat naik video di laman web X sekaligus menjadi tular. Lokasi video diambil di luar pusat beli-belah Miami Bay di Miami, Florida, Amerika Syarikat.
Dari video tersebut, kita nampak banyak kereta polis sedang menuju ke pusat beli-belah tersebut. Sekali imbas, terasa seperti sesuatu yang besar telah berlaku.
Seterusnya, video menunjukkan satu objek sedang bergerak perlahan. Jika dilihat dengan teliti, objek ini kelihatan seperti manusia dengan ketinggian sepuluh kaki, iaitu kira-kira tiga meter.
