GEORGETOWN, PULAU PINANG 03 Disember, 2023 – Gan Jing World Malaysia memperkenalkan platform digital Gan Jing World (GJW) kepada orang ramai di Jalan Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

GJW telah menyertai【Happy Penang Carnival 2023】di Padang Kota Lama Esplanade, Pulau Pinang yang berlangsung pada 03 Disember dari pukul 7-00 pagi hingga 5-00 petang.

20231203_085402.jpg

Acara Karnival ini dianjur oleh Persatuan Minda D’Home, juga dikenali sebagai (D’Home Mental Health Association) (D’Home) dengan tema “Happy Penang” dan tag line – “Keep Fit! Be Happy!” untuk mempromosikan kesedaran kesihatan mental kepada komuniti masyarakat, di samping sebagai projek pengumpulan dana kos operasi bagi menyediakan perkhidmatan percuma kepada orang ramai.

D’Home ialah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) berpusat di Pulau Pinang yang menyediakan perkhidmatan kesihatan mental percuma selama 20 tahun kepada semua lapisan masyarakat seperti kaunseling, psikoterapi dan sebagainya dan berhasrat untuk meneruskan pembekalan perkhidmatannya dengan intrastruktur dan ruang yang lebih baik. Acara Karnival ini memohon sokongan pihak masyarakat untuk mengumpul kos operasi tahunan sebanyak RM240,000 bagi mengekalkan perkhidmatan D’Home kepada pihak masyarakat.

Sejajar dengan Wawasan Pulau Pinang 2030, acara Karnival ini mendapat restu dan perakuan dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

20231203_071327.jpg

Acara Karnival menarik kehadiran orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik termasuk ‘Fun Walk’, cabaran kecergasan, gerai-gerai, pesta makanan, pertandingan mewarna, persembahan tarian, pemeriksaan kesihatan percuma, sesi cabutan bertuah dan sebagainya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Daniel Gooi Zi Sen turut hadir untuk merasmikan upacara perasmian Karnival tersebut. Gooi, dalam ucapannya, memuji Persatuan D’Home atas usahanya menangani dan menggalakkan lebih banyak sokongan kepada orang kurang upaya, sambil mengimbas kembali acara serupa yang diadakan pada 2015 untuk memanfaatkan golongan masyarakat yang memerlukan.

20231203_125636.jpg

GJW Malaysia memperkenalkan platform digitalnya kepada para hadirin menerusi penyedaran risalah dan penerangan misi, fungsi dan keunikan GJW berbanding platform digital lain. GJW ialah satu platform digital dengan misinya untuk mewujudkan komuniti digital yang positif, bertenaga dan dipenuhi dengan kandungan yang sihat, bebas daripada kandungan berunsur ganas, erotik, jenayah atau berbahaya. Gan Jing bermaksud ‘bersih’. Dengan menggunakan platform GJW, masyarakat dapat menikmati kandungan yang bermanfaat dan sihat serta menghindari diri dari sebarang pengaruh negatif.

signal-2023-12-03-13-52-43-328.jpg

Menerusi Karnival, GJW juga memperkenalkan kempen aktiviti hashtag #KindnessIsCool yang berlangsung di platform GJW semenjak September 2023 kepada orang ramai. GJW menggalak pengguna-pengguna GJW untuk mengongsikan kebaikan hati mereka dengan memuatnaikkan post dan/atau video mengenai perbuatan baik sendiri ke atas platform GJW dengan tambah Hashtag #KindnessIsCool dan berpeluang untuk menangi hadiah dalam bentuk tunai dan lain-lain termasuk hadiah utama yang berjumlah $10,000 (Lebih kurang RM47,360).

signal-2023-12-03-13-46-15-498.jpg

GJW menerima sambutan hangat dari para hadirin Karnival setelah memahami misi dan keunikan platform digital GJW. Ramai yang memuat-turun aplikasi GJW dengan serta-merta setelah mendengar penerangan fungsi-fungsi GJW.